Filem Titanic Akan Dibarukan Dengan 3D 2012 Ini

Titanic ... revisited .. in 3D


Titanic (1997) lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet, di tulis dan di arahkan oleh James Cameron. Sebuah filem yang mendapat kutipan tertinggi suatu masa dulu sebelum adanya filem Avatar, juga oleh James Cameron. Memegang rekod sebanyak 14 pencalonan Academy Awards dan memenangi 11 anugerah Oscar termasuk Pengarah Filem Terbaik serta Filem Terbaik. Dengan budget pembikinan yang tertinggi waktu itu iaitu sekitar 200 juta ternyata memberi pulangan yang lumayan setelah mengutip kutipan melebihi 1.8 billion, merupakan filem yang pertama mencapai angka billion. Kisah epic percintaan Jack Dawson (Leonardo DiCaprio) yang bertemu dengan Rose DeWitt Bukater (Kate Winslet) yang mempunyai status social yang berbeza di atas kapal Titanic, kapal yang dikatakan tak akan tenggelam.


Cerita yang dikatakan satu satunya cerita yang boleh membuat lelaki dewasa menangis ini berlatar belakangkan kemalangan yang menimpa kapal Titanic pada tanggal 15 April 1912. Kemalangan yang tragic ini mengorbankan 1514 nyawa, kebanyakannya kaum lelaki kerana protokol kanak kanak dan wanita dulu. Sementara 710 orang yang berjaya di selamatkan.

Bukan saja kerana jalan cerita cinta yang menarik diantara Jack dan Rose tetapi kesan kesan khas yang di tonjolkan dalam filem ini amat mengganggumkan. Cara pembikinan filem ini juga sesuatu yang menarik dimana Jame Cameron telah mencuba berbagai cara untuk menjadikan cerita fiksyen berkaitan sejarah ini kelihatan benar dan tidak terpesong jauh dari sejarah Titanic.

Lakonan Dicaprio dan Kate Winslet amat berkesan dan bejaya menambat hati penonton dengan kisah cinta mereka. Antara babak yang paling diingati ialah ketika mereka berdiri di anjung kapal seraya mendepakan tangan mereka dan Jack menjerit "I am the king of the world!!". Selain daripada itu, saat Jack melukis Rose yang berbogel dan cuma mengenakan loket The Blue Diamond. Terlalu banyak adegan adegan yang menarik antara Jack dan Rose. Waktu Jack tenggelam, itulah waktu yang paling menyedihkan.



Antara kata kata yang paling diingati :-

Jack: Well, yes, ma'am, I do... I mean, I got everything I need right here with me. I got air in my lungs, a few blank sheets of paper. I mean, I love waking up in the morning not knowing what's gonna happen or, who I'm gonna meet, where I'm gonna wind up. Just the other night I was sleeping under a bridge and now here I am on the grandest ship in the world having champagne with you fine people. I figure life's a gift and I don't intend on wasting it. You don't know what hand you're gonna get dealt next. You learn to take life as it comes at you... to make each day count.

Jack: I'm the king of the world!

Cal Hockley: Where are you going? To him? To be a whore to a gutter rat?
Rose: I'd rather be his whore than your wife.

[Rose jumps from the saving boat and goes to where Jack is]
Jack: Rose! You're so stupid. Why did you do that, huh? You're so stupid, Rose. Why did you do that? Why?
Rose: You jump, I jump, right?
Jack: Right.
Rose: Oh God! I couldn't go. I couldn't go, Jack.
Jack: It's all right. We'll think of something.
Rose: At least I'm with you.

Rose: [letting go of Jack's hand] I'll never let go, Jack. I promise.
[she kisses his hand and watches him sink, almost falling apart before she finally climbs back into the water to call the lifeboat back]




********************************************************************************************************************************

Bagi memperingati genap seratus tahun titanic tenggelam. pada 2012, Titanic akan di tayangkan semula di pawagam dalam bentuk 3D pelancaran pada 6 April 2011.



Yang pastunya .. filem ini akan meletup sekali lagi .. Lagenda Titanic akan terus hidup. kisah Jack dan Rose akan terus mekar sebagaimana persahabatan Leo dan Kate.

1 komentar:

silahkan berkomentar bro..

TV ONLINE

TV ONLINE

RADIO ONLINE